Wednesday, 30 November 2016

Rindu Irshad_ku

Selamat petang semua. Lama tak bersiaran, risau penyakit 'M' ni. Haha! baik lah kita menconteng sesuatu di sini. Sabtu lepas si abang Pae balik ke rumah nenek di Tawau. Cuti sekolah kan. Duduk sana mungkin dalam 2 minggu sebelum aku ambil balik kesini.
Pic kiri masa umur 9 bulan. Si besar mataku! haha. Kanan-Pic baru, MakCu nya send kat aku.
Yang ni dirumah nenek semalam. Cuti-cuti pun 'reading' kena latih. 
Kang bulan 1, nak masuk darjah 1 ada ujian penentuan kelas. Kenalah latih sentiasa.
** Rindu budak kecil ini. Selalu kalau dia ada, memang tak pandai diam. Ada sahaja aktivinya. Sekarang ni, balik rumah pandang dinding lah jawabnya. Haha!

Thursday, 24 November 2016

Kisah Aisyah Nuha Zahirah

AssaLamualaikum. Ini Nuha. Nama penuh Aisyah Nuha Zahirah. Anak saudara ku yang pertama. Anak adik lelaki ku. Kesayangan kami sebab anak saudara perempuan pertama. Sebelum ini hanya ada abang Pae. Sekarang dia dah ada sepupu belah ibu (Sabah). Sepupu belah Semenanjung (Melaka) memang tak terkira. Dah sedia ramai.
Terbaru pic Nuha. Babah dia send pagi tadi.
Bersama si abang Pae :)
Al-kisahnya, masa Nuha lahir si abang Pae tak mau tengok. Sebab?? dia nak sepupu lelaki katanya. Tak nak perempuan. Siap suruh MakCu nya padam gambar yang adik aku gandingkan gambar mereka berdua. Boleh gitu? Hahaha! pastu kata, tak suka sebab nak ada adik sendiri yang lahir dari perut Ibu dia ni. Tapi kan masa raya hari tu jumpa, boleh plak dia sayang-sayang Nuha ni, siap kata wanginya. Siap dukung lagi. Haha! adoi sabar lah nak! belum rezeki ko nak dapat adik sendiri. Redha.

Wednesday, 23 November 2016

Bila lapar @ 11.00pm

Dah petang baru nak update. Busy sikit hari ni. Semalam dah pukul 11.00 malam, perut rasa lapar. Aku memang dah penat sebab habis basuh baju guna tangan. Hadoi! mesin baju memang buat hal. Tak boleh nak pusing lah pula. Lepas basuh baju, memang tak larat lah nak masak lagi.
orang lain makan ni buat breakfeast, kami buat makan tengah malam. Haha!
En Kuling yang masak ya! bukan aku. Haha. Diam-diam kat dapur, rupanya masak ni. Jadilah alas perut tiga beranak ditengah malam.