25 Jul 2014

Projek Kad Raya 2014

AssaLamualaikum
Akhirnya projek kad raya 2014 dari unit kami siap. Dekat seminggu juga nak siapkan. 
Nasib baiklah ada adik-adik yang rajin menolong. 
Bermula dengan menggunting dan menampal kotak serta gambar. Letih juga. Hehe!
Dan semalam berlangsungnya sesi penghantaran ke setiap unit. Semua ada 38 unit. 
proses membuat, daripada kotak:)
Simple! 
Lilin ini wangi tau. Wangian aroma therapy:)
Sesi menghantar ke unit-unit:)
Siap guna troli untuk mengangkut semua kad raya. Punya semangat.
Seronok bila yang menerima pun gembira. Maklum zaman ini sudah jarang yang menghantar kad raya.
Happy dapat menggembirakan orang lain.
WasSaLam^_^

23 Jul 2014

Nah, Bunga Untuk Ibu

AssaLamualaikum
Anak kecil yang terkadang membuat jiwa tersentuh. Perlakuan mereka yang membuat hati berbunga. My Tumpis Pa'e yang ku sayangi. Sebenarnya memang selalu dia macam tu. Bila dia main-main kat luar atau belakang rumah dia akan petik bunga rumput. 
Dan dia akan berlari-lari masuk rumah sambil cakap 
"Ibu, abg Pa'e ambil bunga untuk Ibu" @ "nah! bunga untuk Ibu". So sweet kan? Hehe! suka bila dia dah pandai zahirkan perasaan sayang dia tu. Siap cakap " abg Pa'e sayang Ibu tau".
Walau sekadar bunga rumput, tapi tetap rasa terharu bila anak yang bagi. Dia siap minta pasu nak letak. Aku simpan jugalah bunga ni dalam dua tiga hari. Dah layu baru buang. Hehe! Harap-harap besar nanti boleh lah bagi Ibu bunga yang sebenar ya sayang. 
Selalu cakap kat dia waktu tidurnya, "jangan lupakan Ibu & babah bila besar nanti" selain doa jadi anak baik dan dia seolah mengangguk walaupun tengah tidur, mata terpejam. 
Moga Allah perkenankan. Amin! 
WasSaLam^_^

21 Jul 2014

Lawak Petang 22

AssaLamualaikum
Hilangkan ngantuk petang ini. Ada tak para bapa yang buat macam ni pada anak-anak bila nak online. Haha!  Gila punya bapak. Kalau buat macam ni kat Sweden comfirm kena tangkap. 
Ops! Jangan buat tau. Kang tak pasal-pasal kena tangkap sebab mendera.
*pagi tadi busy sangat, tak sempat nak up entry. 
Maklum dekat-dekat nak cuti raya ni, 
kalau boleh kerja nak settle kan semua sebelum beraya dengan gembira. Hehe*
WasSaLam^_^

20 Jul 2014

Bubur Kacang Hijau Serba Kekurangan

AssaLamualaikum
Tajuk punya panjang.  Haha! Betul lah tu. Cerita semalam, teringin sangat nak makan bubur kacang hijau. Gigih lah memasak. Hehe. Bahan pun serba kekurangan. Daun pandan takde,  santan fresh tiada. Maka guna lah santan kotak sahaja. Gula Melaka pun bawa dari Melaka hari tu. Hehe. Jauh import. Dalam serba kekurangan,  siap juga bubur kacang hijau ku. Walau tak sedap mana, semangat juga makan masakan sendiri. En Kuling dan Tumpis pun suka. Hehe!
WasSaLam

19 Jul 2014

Idea - Bilik Tidur 3

AssaLamualaikum
Salam ke-21 Ramadhan. Tengah buat apa tu? Ker sibuk deko-deko rumah atau pun dah sibuk berkemas sana sini. Memang letih lah sikit kan. Apa nak buat, raya setahun sekali kenalah kemas ataupun hias rumah. Ya tak? Terjumpa gambar bilik tidur ni di FB. Tempek kat sini buat tatapan. Kot-kot boleh dibuat rujukan. Hehe! Memang mendamaikan. Suka.
Cantik kan. Simple dan mendamaikan.
Selamat berkemas dihujung minggu. Selamat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. 
Ada yang sambung shopping hari ini??
WasSaLam^_^

18 Jul 2014

TQ Kak Yatie!

AssaLamualaikum
Hadiah yang di nanti telah pun tiba. Alhamdulillah rezeki dari teman blogger. Kak Yatie dari blog Cahaya Hidupku. Kak Yatie yang pandai masak dan punya dua puteri dan seorang putera yang rajin menolong. Terima kasih Kak, sampai dua kali kena pos hadiah ni. 
Menyusahkan akak jak. Pertama kali pos, tak sampai plak. 
Kedua kali ni, syukur selamat sampai ditangan ku semalam. 
Siap pakej dapat Kad Raya sekali. Kad Raya pertama tahun ini. Hehe! Suka sangat. Moga Kak Yatie dimurahkan rezeki selalu bersama keluarga tersayang.
 Salam Ukhuwah jauh dari Bumi Sabah.
WasSaLam^_^

Kesedihan Berganda - MH17

AssaLamualaikum
Kehilangan MH370 masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Pagi ini kita dikejutkan pula dengan berita MH17 plak. Ya Allah! betapa besar nya dugaan-MU pada bumi Malaysia ini. 
Betul-betul tak diduga. Di bulan yang mulia, kehilangan terjadi lagi. 
Tak terkata! Sungguh menyedihkan :(
Salam TAKZIAH untuk semua ahli keluarga yang terlibat. Moga diberi kekuatan dan ketabahan.
Moga mereka yang dijemput oleh Allah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 
Ya Allah! berilah kekuatan pada semua rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi ini. 
* Mood nak beraya down bila dengar berita ni. 
Nak pasang lagu raya pun tak sanggup. Mengenangkan keluarga mangsa yang terlibat. 
Tak sanggup nak bergembira disaat mereka berduka*.
WasSaLam

17 Jul 2014

Posing Untuk Kad Raya IT

AssaLamualaikum
Semangat nak buat kad raya sendiri makin berkobar. Nak di hantar ke unit-unit lain. Memang menjadi tradisi kami setiap tahun. Dan setiap tahun juga lah kami akan ambil gambar untuk buat kad raya. Posing gitu. Hehe. So, selasa baru ni kami pun adakan sesi bergambar yang dibuat di atas bumbung hospital. Tak pernah dibuat orang. 
Ko hadee?? Haha! maka memanjatlah kami ke tingkat 7.
Di atas bangunan berlatarkan langit nan biru :)
Taraa! pemandangan dari atas bumbung Hospital. Saujana mata memandang:)
Nantikan Projek Kad Raya 2014 dari unit kami. 
Tengah di design oleh pakar multimedia kami. Haha!
Tahun lepas punya kad raya boleh tengok SINI. 
Lagu raya telah mula berkumandang di sana sini menandakan Syawal akan menjelma.
WasSALam^_^

16 Jul 2014

Video- Tumpis Nak Lumba F1

AssaLamualaikum
Video my tumpis yang request nak main kereta-kereta masa kami balik ke Tawau weekend baru-baru ni. Masuk lah dua syiling rm 0.50, dapatlah budak ni main. Hehe! suka dia.
Ada kawan cakap, dalam video ni  Pa'e nampak kurus. Muka cekung! ya kah? erm! penyakit malas makan nya datang lagi. Punya susah nak suap nasi. Ibu yang naik pening. vitamin dah bagi, sama jugak. Tak berkesan. Tetap susah nak makan. Tensen tau! Haha!
WasSaLam^_^

Cerita Ikan Keli En Kuling

AssaLamualaikum
Cerita si Ikan Keli. Nak habaq semua, aku adalah peminat ikan keli tegar. Haha! masa duk semenanjung dulu, kalau boleh hari-hari nak makan ikan keli. Tapi bila balik Sabah, aduh! susah sangat nak jumpa ikan keli. Maka tak pernah dah makan ikan keli semenjak balik ke Sabah. Nak jadi cerita, masa awal-awal mengandungkan si budak Tumpis punyalah teringin nak makan ikan keli. Puas lah mencari sampai sanggup pergi ke pasar-pasar pagi yang ada di sekitar Lahad Datu ni. Tapi tetap tak jumpa. En Kuling memang kesian sangat, sana sini sibuk tanya kawan-kawan. Korang tau, last-last dapat makan pun masa budak tumpis dah 8 bulan lebih dalam perut. Itu pun MIL yang bawakan dari Melaka. Kebetulan masa tu MIL & kak ipar nak datang jalan-jalan ke Sabah. Huhu! 
En Kuling beli benih ikan keli kat Kota Kinabalu dalam 500 ekor.
Oleh kerana susah sangan nak dapat ikan keli, maka encik Kuling sanggup beli benih dan kami pelihara sendiri di belakang rumah. Tapi tulah, sebab tiada ilmu maka banyak juga ikan keli peliharaan kami yang mati. Nak membenihkan nya pun en Kuling tak reti. Dapat jugak jual dengan kawan-kawan sekilo dua. Yang beli pun kawan-kawan Semenanjung. 
Hari ini ikan keli en Kuling tinggal seekor. 
Tunggu raya ni kot nak masak lemak cili api. Hehe!
WasSaLam^_^

14 Jul 2014

My Blog Tak Boleh View

AssaLamualaikum
Pelik bin ajaib hari ini. Dari pagi hingga sekarang tak dapat nak view blog ku. Adoi! penyakit apa plak ni. Tak pernah plak jadi macam ni. Jadinya sehari lah tak BW rumah korang. Dok tekan-tekan lah "view blog" tu dari pagi. Tensen I. Tapi kan, setakat nak view Dashboard tu boleh plak. Nak melihat keseluruhan blog tu yang tak boleh (eh! paham ker ni masalah aku. Haha). Harap-harap esok OK lah. Pernah jadi tak kat korang?? Share please. OK, Jumpa lagi ya! Bye.
WasSaLam^_^

12 Jul 2014

Hari Ini Punya Plan

AssaLamualaikum semua. Salam Sabtu. Apa plan korang hari ni? Kami mungkin balik kampung petang ni. Kampung yang tak jauh tu. Ke Tawau lah jawab nya! Hehe. InsyaAllah nak balik berbuka dan bersahur bersama bonda tersayang. Kalau rajin dan sempat nak menyiapkan kuih batang buruk ku hari ini. Assistant Tumpis sedia membantu. Jangan tak percaya. Haha! Ops! nak cerita sahur tadi kamek hanya sempat makan kurma, air & kuih popia lebihan semalam. Dah 2 hari tak jamah nasi. Tahan plak perut aku ni. Haha. Ok lah, jumpa lagi. WasSaLam. **tempek gambar Tumpis peace sambil tutup mata**

10 Jul 2014

Tip Mudah Untuk Sahur

AssaLamualaikum
Walaupun sudah 12 hari bermula Ramadhan, tak salah untuk kongsikan Tips Mudah untuk sahur ni buat kita semua. Moga bermanfaat dan boleh dipraktik kan oleh kita.
Kadang memang tak berselera nak makan nasi masa sahur, so aku selalu nya perbanyakkan minum Jus Kurma dan makan beberapa biji kurma untuk memberi tenaga. Air kosong memang tak lupa. 
Lain orang memang lain cara sahurnya kan, apa yang penting kita mengambil keberkatan dalam bersahur itu sendiri. Selamat menjalani ibadah puasa, moga segala amalan kita diterima.
WasSaLam^_^

9 Jul 2014

Bumi Palestin - Oh GAZA! :(

AssaLamualaikum
Rasa terpanggil untuk menulis entry ini. Sedih mengenangkan Bumi Palestin. 
Gaza bermandi peluru dan darah lagi. Ya Allah! moga rakyat Gaza dilindungi. 
Moga umat Islam disana mendapat kemenangan dalam mempertahankan bumi Palestin. 
Moga Zionis Yahudi dapat dihancurkan!!
Biarlah gambar berbicara :(
Mengalir air mata mengenangkan nasib anak-anak di bumi Palestin. 
Wall Facebook ku dipenuhi dengan suasana di Gaza. Nak lihat pun tak sanggup. Sedih teramat mengenang saudara-saudara kita di sana. Titipkan lah DOA buat mereka. Moga Allah mendengar doa kita dibulan yang penuh keberkatan ini. Amin! 

Sebarang sumbangan untuk Rakyat Palestin boleh disalurkan kepada:
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad

Bank Islam :12029010047880
Maybank :562263010787
CIMB : 8600460353
Bank Muamalat :12070005133717
RHB Bank :21245760004907
Bank Rakyat : 220806195922

Sumbangan kita yang sedikit pasti akan bermakna buat semua saudara kita di Palestin.
WasSALam

8 Jul 2014

Aku Rindu Kamu

AssaLamualaikum
Lama tak menulis. Betul-betul sibuk seminggu dua ni. Di tambah plak dengan mood lemau setiap hari. Haha! Minggu ni sibuk mengajar jururawat-jururawat baru cara menggunakan sistem eHIS di hospital sini. Memang dugaan mengajar di bulan Ramadhan ni. Kena bercakap untuk berbelas orang dalam satu sesi. Kadang sehari dua sesi, pagi dan petang. Kering jugak lah air liur. Haha! Sabar. Dah namanya kerja kan? Apapun aku rindu korang semua. Lamanya tak BW. Masa betul-betul tak mengizinkan. 
Jumpa nanti ya. 
WasSaLam^_^

1 Jul 2014

The Busy Day!

AssaLamualaikum
Tak dapat nak manja-manja lagi dengan blog. Tak dapat nak BW lagi ke rumah kalin. Tak dapat update cerita cuti-cuti. Peram dahulu lah ya! haha! Sibuk plak hari ini. Dari awal pagi memanjang ada isu yang perlu diselesaikan. Pening kepala! Sabar banyak sebab puasa. Hehe! 
Sedikit stress bila banyak kerja yang perlu diselesaikan dengan cepat. User dok menunggu! 
Waktu bekerja plak disingkatkan dari 8.00am - 4.30pm sahaja. 
Korang balik kerja pukul berapa? Sempat tak memasak? :)
WasSaLam^_^