12 Aug 2015

Syawal #27: Baru nak tunjuk kad raya..

Assalamualaikum. 
Hai semua. Dekat sebulan menyepi. Blog pun dah makin suam-suam kuku. Haha! Punyalah malas nak update. Banyak cerita pun sampai dah basi. Terperap. Ni baru nak tunjuk projek kad raya unit kami. Tiap-tiap tahun buat photo shoot raya. Dah jadi kelaziman. Lepas tu buat kad raya untuk hantar di setiap unit. Tahun 2015, inilah hasil nya:
Ini gambar yang kami pilih untuk Kad raya unit kami
Taraaa.. Kad raya yang dihantar ke setiap unit. Cantik tak? :) 

 Masih dalam mood Syawal ke you all? Raya tahun ini kami sekeluarga kurang berjalan, sebab sibuk dengan perkhawinan adik lelaki. Mesti raya korang gempak kan? hehe! kena ber'marathon' lah jawabnya.Mudah-mudahan mood berblog akan kembali. Jumpa lagi. Rinduuuu semua:)
WasSaLam